Wednesday 9 December 2020

TIP SUPER MAK: Gembira Berbelanja

TIP SUPER MAK: Gembira Berbelanja: Jom ber"shopping" di kedai kak chah mur mur aje, klik di  SHOPEE , si link biru tu. shopee Shopee Shopee shopee Shopee Shopee

Monday 15 April 2019

4 Punca Ringkas Bersin Waktu Pagi

Apakah punca ringkas anak bersih waktu pagi. Jom kita baca, 4 punca anak bersin waktu pagi.

1. ALERGI
Anak yang pernah ada alergi sebelum ni memang mudah bersin waktu pagi. Puncanya kemungkinan besar mereka terdedah kepada habuk, udara sejuk, bulu binatang dan udara kotor ketika tidur.

2. REAKSI TUBUH
Ini normal sebab semasa kita tidur suhu badan seseorang akan menurun.

3. MENGELUARKAN DEBU KOTOR
Masa waktu pagi rerambut di rongga sinus bergiat aktif mengeluarkan kotoran yang tertinggal sehingga menyebabkan bersin

4. SENSITIF
Ada sesetengaj orang sangat sangat sensitif pada udara sejuk.Jadi bila tidur pakai aircond dan mandi waktu pagi memang senang sangat nak bersin.

Sumber FB.


Sunday 14 April 2019

18 Tip Untuk Anak Mendirikan Solat

Sememang susah untuk mangajak anak anak kita mendirikan solat. Sebab anak anak tidak mengerti kenapa kena mendirikan solat? Apakah kebaikkan mendirikan solat?
Kita sebagai ibubapa hebat pasti tertekan kan. Jom kita baca tip untuk anak mendirikan solat.

1. Fokuskan minda anak pada ibadat sembahyang sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu dia baik-baik yang solat tu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti. 

2. Usah paksa mereka tetapi mendorong mereka, Kemudian tanamkan dalam jiwa dan minda mereka tentang kepentingan solat.

3. Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk dia fasih membaca bacaan sembahyang seperti niat, tahiyyat, iktidal, ruku' dsbnya. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdal. 

4. Ajar & perhatikan anak kita ambil wuduk' dan termasuk juga juga lafaz niat.

5. Beritahu anak kita, Nabi yang kita sayangi menyuruh anak-anak berlatih sembahyang dari umur 7 tahun. Pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar utk mengajar) kalau ingkar dan malas. 

6. Belikan dia telekong untuk anak perempuan dan songkok untuk anak lelaki. Berikan pilihan untuk mereka memilih warna apa yang mereka dia suka. 

7.Pada awal latihan solat, biar dia baca kuat-kuat. Kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya waktu itu. Perhatikan juga pergerakan tubuh, ajar cara duduk, qiam, takbir, ruku', sujud dan sebagainya. 

8. Usah hadkan tempat untuk dia berlatih memperbaiki bacaan solatnya. Mereka boleh berlatih pada bila bla masa sahaja. Uji kefasihan anak kita. Contohnya sambil kita memasak atau sambil sikat rambut dia, suruh dia baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyya. 

10. Ajak dia dan adik beradiknya solat jamaah sama-sama kalau ada kelapangan masa di rumah. 

11. Bersabar lihat karenah mereka masa peringkat awal mengajar sembahyang

12. Doa pada Allah agar dia tiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita. 

13. Atur jadual harian mereka, ada waktu tengok TV, main, belajar dan solat. Pastikan mereka buat dan kita mestilah bertegas.

14. Beritahu mereka sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Usah menipu dalam solat walaupun ibubapa tidak nampak ketika itu. 

15. 2-3 bulan selepas mereka semakin mahir membaca bacaan solat, ajar dia untuk baca pelan-pelan seperti orang dewasa. 

16. Pasikan mereka solat setiap hari, walaupun ada aktiviti lain. Contohnya balik kampung, mungkin memakan terjalan agak jauh. berhenti dan ajak mereka solat. 

17. Usah paksa mereka cepat pandai dalam sekelip mata, bersabar dan berikan mereka masa.

18. Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak. Usah suruh mereka solat, tapi kita leka tengok TV atau main komputer. 

Sumber FB.


Saturday 13 April 2019

4 Tanda Ringkas Anak Kurang Zat Besi

4 Tips nak tahu anak kurang darah atau zat besi dalam badan. Kekurangan zat besi juga di panggil anemia.
1) Bibir pucat 
2) Ada eyebag 
3) Liat bangun tidur 
4) susah fokus / tidak celik. 

Ibubapa boleh mencegah anemia ini dengan memberikan makanan yang kaya dengan zat besi. Contohnya Kekacang seperti kacang merah dan kacang pea, Ikan, Daging (hati merupakan bahagian yang kaya dengan zat besi, Kacang soya, Roti, Oat, Kismis, Sayuran hijau seperti bayam.

Eh, dalam QasehJunior. Lengkap makanan yang mengandungi zat besi tinggi. Jom cuba.




Thursday 11 April 2019

Selesaikan Ekzema Di Musim Panas


Musim panas, memang kerap terjadi pada anak ekzema. Jom kita baca, bagai hendak selesaikannya.

Ekzema dan apakah tanda tanda dan gejala ekzema?.
Ringkasan tanda tanda adalah seperti ini 
1. Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki. 
2. Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit. 
3. Bengkak kecil yang berair. 

Inilah cara ringkas bagaimana hendak menolong anak ekzema?.
1.Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman. 
2. Elakkan mandi air panas/suam. 
3. Elakkan memakai baju berlapis-lapis. 
4. Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis. 
5. Elakkan dari fabrik yang kasar. 
6. Jangan gunakan sabun apabila mandi. 
7. Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda. 
8. Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor. 

Mari Mengenal Sembelit Anak

Ramai ibu selalu mengadu anak sembelit, tapi macam mana nak kenal betul ke anak sembelit?

Jom kita ikuti panduan yang dikongsikan oleh Klinik Avicenna untuk panduan ibu bapa yang ada anak kecil dan sering mengalami masalah ini.

1. Najis ada berketul-ketul seperti tahi kambing
2. Tidak membuang pada tempoh yang lama. Biasa tidak seperti kebiasaan
3. Bayi nampak sukar membuang najis, terpaksa meneran-neran
4. Najis kering dan ada sedikit darah akibat najis keras dan melukai dinding salur najis
5. Anak takut untuk membuang. Sesetengah gelisah sampai menangis bila mahu membuang.

Sumber dari FB.



Saturday 9 March 2019

Selesaikan Ekzema Di Musim Panas

Musim panas, memang kerap terjadi pada anak ekzema. Jom kita baca, bagai hendak selesaikannya.

Ekzema dan apakah tanda tanda dan gejala ekzema?.
Ringkasan tanda tanda adalah seperti ini 
1. Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki. 
2. Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit. 
3. Bengkak kecil yang berair. 

Inilah cara ringkas bagaimana hendak menolong anak ekzema?.
1.Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman. 
2. Elakkan mandi air panas/suam. 
3. Elakkan memakai baju berlapis-lapis. 
4. Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis. 
5. Elakkan dari fabrik yang kasar. 
6. Jangan gunakan sabun apabila mandi. 
7. Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda. 
8. Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor. 

sumber: http://www.myhealth.gov.my/ekzema/

Semoga bermanfaat.